Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, June 06, 2011

Kedudukan wanita dalam Islam


Oleh YAZID ABDUL QADIR JAWAS

(Tulisan ini ditulis kembali daripada bahan asalnya ath-Thariiq ilal Islaam oleh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd. Memandangkan kandungannya yang baik, mengandungi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat Islam, khasnya kaum wanita, diedit semula ke dalam bahasa Malaysia. Semoga ia bermanfaat kepada seluruh pembaca. –Editor)

Penulis sengaja membahas masalah ini sebagai penjelasan kepada mereka yang tidak senang kepada Islam dan orang-orang bodoh yang menganggap bahawa Islam merendahkan martabat wanita. Ini juga berkaitan dengan anjurkan agar  wanita hanya berada di rumah, wajibnya mereka memakai jilbab, wajibnya mereka melayani suami, diterimanya persaksian dua orang wanita sedangkan lelaki cukup seorang saja, hak waris wanita separuh daripada hak lelaki, atau ketidaksenangan mereka hanya disebabkan Islam membolehkan seorang lelaki ta’addud (poligami/ beristeri lebih daripada satu). Padahal dengan dibolehkannya berpoligami akan dapat mengangkat martabat wanita.

Bagaimanapun, seorang wanita yang bersuami lebih baik daripada wanita yang hidup sebagai anak dara tua, hidup menjanda, atau bahkan bergelumang dengan dosa lagi menghinakan diri dengan hidup melacur. Bahkan, ada wanita yang jahat dan zalim mengatakan kepada suaminya, “Lebih baik engkau berzina/melacur daripada aku dimadu.” Na’udzu billaahi min dzalik.

Dalam Islam, seorang lelaki akan lebih baik dan mulia jika ia menikah lagi (berpoligami) daripada ia berzina/melacur kerana zina adalah perbuatan keji dan sejelek-jelek perbuatan. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” (al-Israa’: 32)

Sedangkan kewujudan atau munculnya  pelacuran dan wanita ‘pelacur’ akan merendahkan dan memperlekehkan martabat wanita, juga sebagai bentuk penghinaan kepada wanita serta menjerumuskan mereka ke neraka.Di muka bumi ini tidak ada agama yang amat memperhatikan dan mengangkat martabat kaum wanita selain Islam. Islam memuliakan wanita dari sejak ia dilahirkan hingga ia meninggal dunia.

Islam benar-benar telah mengangkat harkat dan martabat kaum wanita dan memuliakannya dengan kemuliaan yang belum pernah dilakukan oleh agama lain. Wanita dalam Islam merupakan saudara kembar lelaki; sebaik-baik mereka adalah yang terbaik bagi keluarganya. Wanita Muslimah pada masa bayinya mempunyai hak disusui, mendapatkan perhatian dan sebaik-baik pendidikan dan pada waktu yang sama ia merupakan curahan kebahagiaan dan buah hati bagi kedua-dua ibu dan bapak serta adik beradik lelakinya.

Apabila wanita telah memasuki usia remaja, ia dimuliakan dan dihormati. Walinya cemburu kerananya, ia meliputinya dengan penuh perhatian, maka ia tidak rela kalau ada tangan jahil menyentuhnya atau rayuan-rayuan lidah tidak bertulang atau lirikan mata (lelaki) mengganggunya.
Dan apabila ia menikah, maka hal itu dilaksanakan dengan ‘kalimatullah’ dan perjanjian yang kukuh. Maka ia tinggal di rumah suami sebagai pendamping setia dengan kehormatan yang terpelihara, suami berkewajiban menghargai dan berbuat baik (ihsan) kepadanya dan tidak menyakiti fizikal mahupun perasaannya.
Apabila ia telah menjadi seorang ibu, maka (perintah) berbakti kepadanya dinyatakan sama atau selari dengan hak Allah s.w.t, kederhakaan dan perlakuan buruk terhadapnya selalu diungkapkan sama dengan kesyirikan kepada Allah s.w.t dan perbuatan kerosakan di muka bumi.
Apabila ia adalah sebagai saudara perempuan, maka dia adalah orang yang diperintahkan kepada saudaranya untuk dijalin hubungan silaturrahim, dimuliakan dan dilindungi.
Apabila ia sebagai nenek atau lanjut usianya, maka kedudukan dan nilainya bertambah tinggi di mata anak-anak, cucu-cucunya dan seluruh kaum keluarga terdekat. Maka permintaannya tidaak ditolak dan pendapatnya tidak diremehkan.
Apabila ia jauh daripada orang lain, jauh daripada kaum keluarga, maka dia memiliki hak-hak Islam yang umum, seperti menahan diri daripada perbuatan buruk terhadapnya, menahan pandangan mata daripadanya dan lain-lain.
Masyarakat Islam masih tetap memelihara hak-hak tersebut dengan sebaik-baiknya sehingga wanita benar-benar memiliki nilai dan kedudukan yang tidak akan ditemukan di dalam masyarakat non-Muslim.
Lebih daripada itu, wanita di dalam Islam memiliki hak kepemilikan, penyewaan, jual beli, dan segala bentuk transaksi, dan juga mempunyai hak untuk belajar dan mengajar selagi tidak bertentangan dengan agamanya. Bahkan di antara ilmu syar’i itu ada yang bersifat fardu ain – berdosa apabila diabaikan – baik oleh lelaki mahupun wanita.
Dia juga memiliki hak-hak yang sama dengan kaum lelaki, kecuali beberapa hak dan hukum yang memang khusus bagi kaum wanita, atau beberapa hak dan hukum yang khusus bagi kaum laki-laki yang layak bagi masing-masing jenis sebagaimana dijelaskan secara terperinci di dalam bahasan-bahasannya.
Di antara penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya Islam memerintahkan kepadanya hal-hal yang dapat memelihara, menjaga kehormatannya dan melindunginya daripada kata-kata rayuan, pandangan mata pengkhianat dan tangan-tangan jahat. Maka itu, Islam memerintahkan kepadanya berhijab dan menutup aurat, menghindari perbuatan tabarruj (berhias diri untuk umum), menjauhi daripada perbauran dan percampuran dengan laki-laki yang bukan mahramnya dan daripada setiap hal yang dapat menyeret kepada fitnah.
Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya Islam memerintahkan kepada suami agar memberinya nafkah, mempergaulinya dengan baik, menghindari perbuatan zalim dan tindakan menyakiti fizikal atau perasaannya.
Bahkan termasuk daripada keindahan ajaran Islam bahawasanya Islam membolehkan bagi kedua-dua suami isteri untuk berpisah (bercerai) apabila tidak ada kesepakatan dan tidak dapat hidup bahagia bersama-sama. Maka, suami boleh menceraikannya setelah gagal melakukan berbagai-bagai upayaishlah (damai), dan pada ketika kehidupan kedua-duanya menjadi bagaikan api neraka yang tidak dapat dipertahankan.
Dan Islam membolehkan isteri meninggalkan suaminya jika suami melakukan penganiayaan terhadap dirinya, memperlakukannya dengan buruk. Maka dalam keadaan seperti itu isteri boleh meninggalkannya dengan syarat membayar ganti rugi yang disepakati bersama suami, atau melakukan kesepakatan bersama atas hal tertentu untuk kemudian isteri dapat meninggalkannya.
Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya lelaki dibolehkan berpoligami, iaitu nikah lebih daripada satu isteri. Lelaki boleh menikah dengan dua, tiga atau empat isteri dan tidak boleh lebih daripada itu, dengan syarat berlaku adil dalam memberikan nafkah bain dan zahir, dan tempat tinggal di antara mereka; dan kalau suami cukup menikah dengan satu isteri saja, maka itu adalah haknya.
Sesungguhnya berpoligami itu mempunyai hikmah yang begitu besar dan banyak maslahatnya yang tidak diketahui oleh orang-orang yang menjelek-jelekkan Islam, mereka tidak mengerti hikmah di sebalik pensyariatan ajaran-ajarannya.
Di antara hal-hal yang mendukung hikmah di sebalik dibolehkan berpoligami adalah seperti yang berikut:
1) Sesungguhnya Islam melarang perzinaan dan amat tegas dalam mengharamkannya, kerana perzinaan dapat menimbulkan kerosakan dan kehinaan yang tidak terkira jumlahnya, di antaranya adalah: kaburnya masalah keturunan (nasab), membunuh sifat malu, menodai dan menghapus kemuliaan dan kehormatan wanita; kerana zina akan menyerkupnya dengan kehinaan yang tiada batasnya, bahkan kehinaan dan noda akan menimpa keluarga dan kaum keluarga terdekatnya.
Di antara bahaya zina adalah ialah tindakan terhadap janin yang diperoleh daripada hasil perzinaan, kerana ia akan hidup dengan nasab yang terputus.
Termasuk bahaya zina: berbagai-bagai penyakit mental dan jasmani yang timbul akibat daripada perbuatan terkutuk itu, yang sukar digalas, bahkan kadang-kadang  hingga mengancam jiwa pezina, seperti Sipilis, Gonorheo, Aids dan lain sebagainya.
Ketika Islam mengharamkan zina dan dengan keras mengharamkannya, ia juga membuka lebar pintu yang sah (masyru’) di mana seseorang dapat merasakan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan, iaitu nikah.
Jadi Islam mengajarkan nikah dan membolehkan poligami sebagaimana disinggung di atas.
Tidak diragukan lagi bahawasanya melarang poligami adalah tindakan kezaliman terhadap lelaki dan wanita. Melarang poligami akan membuka lebar pintu perzinaan, kerana kuantiti  kaum wanita lebih besar daripada kuantiti kaum lelaki di setiap masa dan tempat.
Hal itu akan lebih jelas lagi pada masa seringnya terjadi peperangan. Maka, menghalang lelaki menikah dengan satu isteri dapat menyebabkan jumlah besar kaum wanita yang hidup tanpa suami yang membawa kesukaran, kesempitan, dan ketidakpastian bagi mereka, bahkan kadang-kadang boleh menjerumuskan ke dalam lembah penjualan kehormatan dan kesucian diri, tersebarnya perzinaan dan kesia-siaan anak keturunan.
2) Sesungguhnya nikah itu bukan kenikmatan jasadi (fizikal) semata-mata, akan tetapi di sebaliknya itu terdapat ketenteraman dan kedamaian jiwa, di samping kenikmatan mempunyai anak. Dan anak di dalam Islam tidak seperti anak dalam sistem-sistem kehidupan lainnya, kerana kedua-dua ibu bapa mempunyai hak ke atas anak. Apabila seorang wanita dikurniai beberapa orang anak, lalu anak-anak itu dididik dengan sebaik-baiknya, maka mereka menjadi buah hati dan penghibur baginya. Maka pilihan mana yang terbaik bagi wanita; hidup di bawah lindungan suami yang melindungi, mendampingi dan mengambil berat tentang dirinya serta dikurniai  anak-anak yang apabila dididik dengan baik akan menjadi buah dan penghibur hati baginya, atau memilih hidup sebatang kara dengan nasib tiada menentu?
3) Sesungguhnya pandangan Islam adalah pandangan yang adil lagi seimbang. Islam memandang kepada wanita secara keseluruhan dengan adil, dan pandangan yang adil itu mengatakan bahawa sesungguhnya memandang kepada wanita secara keseluruhan dengan mata keadilan. 

Jadi,  apa dosa para wanita ‘awanis (membujang hingga melewati usia sepatutnya mereka sudah menikah) yang tidak mempunyai suami? Kenapa tidak dilihat dengan mata yang penuh kasih sayang kepada wanita menjanda kerana ditinggal mati suaminya, sedangkan ia masih pada usia produktif? Kenapa tidak melihat dan memperhatikan kepada wanita yang amat banyak jumlahnya yang hidup tanpa suami?Yang mana yang lebih baik bagi wanita: Hidup dengan senang di bawah lindungan suami bersama wanita (isteri, madu) yang lain, sehingga dengan begitu ia merasakan kedamaian dan ketenteraman jiwa, ia dipertemukan dengan orang yang mengambil berat tentang dirinya dan dikurniai, ataukah hidup seorang diri tanpa suami sama sekali?

Mana yang lebih baik bagi masyarakat: Adanya sebahagian kaum pria yang berpoligami hingga masyarakat terhindar daripada beban gadis-gadis tua, atau tidak seorang pun berpoligami sehingga mengakibatkan masyarakat berlumur dengan berbagai-bagai kehancuran dan kerosakan?

Mana yang lebih baik: Seseorang mempunyai dua, tiga atau empat isteri? Atau cukup dengan seorang isteri sahaja dengan puluhan wanita simpanan?
4)  Berpoligami itu tidak wajib hukumnya. Maka, banyak lelaki Muslim yang tidak melakukan poligami kerana  merasa puas dengan seorang isteri, dan kerana ia merasa tidak akan dapat berlaku adil (apabila berpoligami). Oleh karena itu, ia tidak perlu berpoligami.
5)  Sesungguhnya tabiat dan naluri kaum wanita itu amat berbeza dengan tabiat dan naluri kaum lelaki; hal itu apabila dilihat daripada  sudut kesediaannya untuk digauli. Wanita tidak selalu siap untuk digauli pada setiap waktu, kerana wanita harus melalui masa haid hingga sampai sepuluh hari atau dua minggu pada setiap bulan yang menjadi penghalang untuk digauli.
Pada masa nifas (setelah melahirkan anak) juga ada penghalang hingga biasanya mencapai 40 hari. Melakukan hubungan suami isteri (hubungan intim) pada kedua-dua masa tersebut dilarang secara syar’i, kerana akan mengandung risiko yang membahayakan.
Pada masa kehamilan, kesediaan wanita untuk dicampuri suaminya kadangkala tidak memberangsangkan. Dan demikianlah selanjutnya.
Sedangkan kaum lelaki, kesediaannya selalu stabil sepanjang bulan dan tahun (waktu) dan terdapat sebahagian lelaki yang jika dihalang untuk berpoligami akan terjerumus ke dalam perzinaan.
6)  Ada kalanya si isteri mandul tidak dapat melahirkankan anak sehingga suami tidak dapat menikmati hidup bagaimana mempunyai anak. Daripada ia menceraikan isterinya lebih baik ia menikah lagi dengan wanita lain yang subur.
Mungkin ada yang bertanya: Apabila suami mandul sedangkan isteri normal, apakah isteri mempunyai hak untuk berpisah?
Jawabnya: Ya, ia berhak untuk itu jika menghendakinya.
7) Ada kalanya isteri menghidap penyakit kekal, seperti lumpuh atau lainnya sehingga tidak mampu untuk melakukan tugas mendampingi suami. Maka, daripada menceraikannya, lebih baik tetap bersamanya dan menikah lagi dengan wanita yang lain.
8)   Ada kalanya tingkah laku isteri buruk seperti berperangai jahat, berakhlak buruk (tidak bermoral) tidak menjaga hak-hak suaminya. Daripada menceraikannya, lebih baik tetap bersamanya dan menikah dengan wanita yang lain lagi sebagai penghargaan kepada isteri pertama dan menjaga hak-hak keluarganya serta menjaga kemaslahatan anak-anak jika telah mempunyai anak daripadanya.

9) Sesungguhnya kemampuan lelaki untuk menurunkan keturunan lebih besar daripada kemampuan wanita. Lelaki dapat menurunkan anak hingga usia enam puluhan, bahkan kadang sampai pada usia seratus ia tetap masih segar dan mampu menurunkan anak. Sedangkan kemampuan wanita rata-rata berhenti sampai usia empat puluhan atau lebih sedikit. Maka, mencegah poligami adalah perbuatan menghalangi umat daripada mempunyai keturunan.  
10)  Di dalam pernikahan dengan isteri kedua, terdapat waktu terluang bagi isteri pertama. Isteri mempunyai peluang waktu untuk sedikit beristirahat daripada beban-beban tugas melayani suami, kerana telah ada orang yang membantunya dan mengambil sebahagian tugas melaksanakan beban melayani suami.  Maka itu, ada sebahagian wanita yang berakal, apabila memasuki usia lanjut dan kurang mampu memberikan yang terbaik untuk suaminya, mereka memberi isyarat agar suaminya menikah lagi.

11)  Mencari pahala. Adakalanya seseorang menikah lagi dengan wanita miskin yang tidak mempunyai tanggungan hidup, ia menikahinya dengan maksud untuk menyelamatkan kesucian dan memberikan perlindungan kepadanya, dengan harapan mendapat pahala daripada Allah s.w.t.
12)  Sesungguhnya yang membolehkan berpoligami itu adalah Allah s.w.t yang sudah tentu lebih mengetahui maslahat-maslahat hamba-hamba-Nya.
Dengan demikian, jelaslah bagi kita bahawa hikmah Islam dan  pandangan sejagatnya di dalam membolehkan poligami dan sekali gus menjadi jelas pula kejahilan orang-orang yang mencela ajaran-ajaran Islam.
Di antara penghargaan Islam kepada para wanita Muslimah, bahawasanya Islam menetapkan bahagian khusus bagi wanita daripada harta warisan (harta pusaka). Maka seorang ibu mendapat bahagian tertentu, dan isteri, anak perempuan serta adik beradik perempuan pun masing-masing mendapat bahagian tertentu.
Adalah merupakan kesempurnaan keadilan bahawasanya lelaki daripada harta warisan. Barangkali ada sebahagian orang yang picik akalnya mengira bahawa pembahagian tersebut merupakan kezaliman (tidak adil), dengan mengatakan, “Bagaimana bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan daripada harta warisan? Kenapa bahagian anak perempuan setengah daripada  bahagian anak laki-laki?”
Jawabnya adalah: Bahawa sesungguhnya yang memberikan ketetapan demikian itu adalah Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang maslahat-maslahat para hamba-Nya.
Kemudian di mana letak kezalimannya? Sungguh, sistem (hukum) Islam itu integral dan saling berkaitan. Maka bukan bahagian daripada keadilan apabila hanya mengambil satu sistem atau satu ketetapan hukum (tasyri’)  lalu memandangnya dari satu sudut tanpa mengaitkannya dengan bahagian lainnya, akan tetapi seharusnya melihatnya daripada berbagai-bagai sudut sehingga gambaran menjadi jelas dan keputusan menjadi adil.
Hal yang menampakkan keadilan Islam di dalam masalah ini adalah bahawasanya Islam menjadikan nafkah isteri itu sebagai kewajiban suami dan demikian pula halnya mahar untuk isteri adalah kewajiban suami pula.
Sebagai contoh, jika ada seseorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka anak lelaki mendapat dua kali ganda bagian adik beradik perempuannya (2:1), lalu masing-masing menikah. Pada saat menikah, anak lelaki itu harus membayar mahar, menyediakan tempat tinggal, memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sepanjang hayatnya.
Sedangkan saudara perempuan akan mendapat mas kahwin daripada suaminya dan tidak dituntut untuk memberikan sedikit pun daripada harta miliknya untuk diserahkan kepada suami, atau menafkahi urusan rumah tangganya, ataupun kepada anak-anaknya. Maka, dengan demikian saudara perempuan dapat menghimpun bahagian harta pusaka daripada orang tuanya dengan mahar yang ia peroleh daripada suami, dan bersamaan dengan itu ia tidak dituntut untuk menafkahi diri dan anak-anaknya.
Jika demikian, tidaklah adil jika lelaki mendapat bahagian yang sama dengan anak perempuan.
Inilah kedudukan, harkat dan martabat wanita dalam Islam; lalu di mana nilai dan darjat sistem-sistem buatan yang ada di muka bumi dibanding sistem-sistem Islam yang samawi lagi adil? Sistem-sistem buatan yang ada di muka bumi ini tidak memperlihatkan harkat dan martabat kaum wanita, di mana seorang ayah melepaskan diri daripada anak perempuannya ketika mencapai usia 18 tahun atau kurang, agar anak perempuan keluar dengan nasib tidak menentu mencari tempat tinggal dan sesuap nasi untuk memenuhi rasa laparnya, yang kadangkala hal itu sampai mengorbankan dan menjual kehormatan diri dan kemuliaan akhlak.
Bandingkanlah penghargaan Islam terhadap wanita yang telah menjadikannya sebagai manusia yang mulia daripada sistem-sistem yang memandang wanita sebagai sumber kejahatan dan dosa, sistem yang telah merampas hak-haknya di dalam pemilikan dan tanggungjawab dan menjadikan wanita hidup berlumur kehinaan dan kenistaan serta menganggapnya sebagai makhluk najis? Dan mana bandingan penghargaan Islam kepada wanita daripada orang-orang yang menjadikan wanita sebagai barang dagangan yang memperjualbelikan jasadnya di dalam berbagai-bagai promosi bisnes dan iklan?
Mana bandingan penghargaan Islam kepada wanita daripada sistem-sistem yang menganggap perkahwinan sebagai transaksi jual-beli di mana isteri berpindah supaya menjadi salah satu daripada harta kekayaan suami? Hingga sebahagian pertemuan mereka yang diselenggarakan untuk mengkaji hakikat dan roh wanita, apakah ia termasuk manusia atau bukan?
Demikianlah kita melihat bahawa wanita Muslimah merasakan kebahagiaan di dunianya bersama keluarga, di bawah asuhan kedua-dua orang tuanya, di bawah perlindungan suaminya dan balasan kasih sayang anak-anaknya, apakah itu ketika ia di masa anak-anak, remaja atau di masa lanjut usia, dan di dalam keadaan fakir mahupun kaya dan sihat mahupun sakit.
Kalau terdapat kejanggalan dalam hak-hak wanita yang terdapat pada sebahagian negara Islam atau daripada sebahagian orang yang menisbatkan diri kepada Islam, maka semua itu terjadi kerana kejahilan mereka serta kerana jauhnya daripada penerapan ajaran Islam. Kesalahan dan dosa ditanggung oleh orang yang bersalah, sedangkan Islam bersih dan bebas daripada tanggungjawab kesalahan tersebut.
’Pembersihan’ kesalahan tersebut hanya dapat dilakukan dengan kembali kepada petunjuk ajaran Islam, supaya kesalahan dapat diperbetulkan.
Inilah kedudukan, harkat dan martabat wanita di dalam Islam secara singkat; kesucian diri, perlindungan, kasih sayang, cinta dan perhatian serta berbagai-bagai macam nilai-nilai murni dan luhur lainnya.
Adapun peradaban sekarang hampir tidak mengenal sedikit pun  nilai-nilai luhur tersebut yang hanya memandang wanita dengan pandangan materialis. Peradaban moden memandang bahawa hijab wanita dan kesucian dirinya sebagai sesuatu yang tertinggal di belakang, dan bahawaa wanita harus menjadi boneka yang dapat dipermainkan oleh setiap lelaki ‘mata keranjang’, dan itulah rahsia kebahagiaan menurut mereka.
Mereka tidak menyedari bahawa tabarruj dan ‘telanjangnya’ kaum wanita adalah disebabkan daripada kesengsaraan dan seksaannya.
Jika tidak, apa hubungan kemajuan dan pengajaran dengan tabarruj, penampakan anggota-anggota badan wanita yang penuh dengan fitnah, porno, pamer kecantikan, buka dada, dedah paha dan hal-hal yang lebih dahsyat daripada itu?
Apakah memakai pakaian nipis, tembus pandang dan pendek itu adalah sebahagian daripada alat-alat peraga pendidikan dan pengajaran?
Kemudian, kemuliaan yang mana ketika foto-foto wanita cantik ditampilkan dalam iklan-iklan, pornografi dan berbagai-bagai promosi?  Kenapa yang laris di kalangan mereka hanya wanita-wanita cantik sahaja? Lalu apabila kecantikan dan keindahannya itu sudah lenyap, mereka diabaikan dan dicampakkan bagaikan barang yang sudah tidak berguna langsung! Lalu apakah bahagian wanita yang kurang cantik daripada peradaban moden ini? Apa bahagian untuk ibu yang lanjut usia, nenek dan wanita-wanita cacat?
Sesungguhnya bahagian mereka yang paling baik (menurut peradaban moden) adalah ditempatkan di tempat-tempat perlindungan atau kebajikan di mana mereka tidak dikunjungi dan tidak juga ditanya tentang keadaan hidup mereka. Memang ada di antaranya yang mendapat elaun pencen atau yang serupa dengannya yang mereka habiskan sisa-sisa usia, tetapi di situ tidak ada hubungan silaturahim, tidak ada kaum keluarga terdekat, tidak ada teman setia. Apakah hal itu semua tidak diperlukan oleh mereka?
Adapun wanita di dalam Islam, semakin lanjut usia mereka semakin dihormati, semakin besar pula hak mereka dan semakin berlumba anak-anak dan kaum keluarga terdekat untuk berbuat yang terbaik kepada mereka – sebagaimana dikemukakan di atas – kerana mereka telah selesai melakukan tugasnya, dan yang tersisa adalah kewajiban anak-anak, cucu, keluarga dan masyarakat terhadap mereka.
Sedangkan tuduhan dan anggapan bahawa hijab dan menjaga kesucian diri itu sebagai tanda ketinggalan dan kolot  adalah tuduhan dan anggapan batil lagi palsu. Sesungguhnya tabarruj dan mempamer kecantikan itulah sebenarnya kesengsaraan dan azab, dan itulah sikap yang mundur.
Apabila pembaca ingin dalilnya bahawa tabarruj dan mempamer kecantikan adalah sikap yang mundur, maka perhatikanlah dekadensi atau keruntuhan moral manusia dengan pelbagai perlakuan sumbang dan menjijikkan.

Dalam hal ini, siapakah yang lebih moden, seorang yang berpakaian separuh bogel dan hidup di bandar itu berbanding dengan penduduk asli di pedalaman hutan yang memang berbogel?Orang yang memperhatikan dan mengikuti keadaan mereka di dalam kemajuannya dapat melihat bahawa sesungguhnya setiap kali mereka meraih suatu kemajuan di dalam peradaban, semakin bertambah pula ‘wanita-wanita telanjang’, sebagaimana yang kelihatan bahawa peradaban Barat sedang berada pada jalan menuju kehancurannya, mundur selangkah demi selangkah.

Demikianlah menjadi lebih jelas bagi kita betapa keagungan kedudukan, harkat dan martabat wanita di dalam Islam adalah mulia dan terhormat. 

Komen saya: Justeru itu adalah tidak wajar bagi seorang muslimah solehah diajak mengambil contoh 'pelacur kelas pertama' melayani kehendak seks suami seperti cadangan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman